1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Wednesday 21 September 2011

kaTa kaTa seMangat..=)

Musim peperiksaan kembali lagi. Bagi calon-calon PMR dan SPM tentunya perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal. Tetapi tidak kurang juga, kata-kata semangat dan ayat motivasi haruslah sentiasa berlegar di fikiran agar kita tidak mudah mengalah untuk berjuang sehingga tamat peperiksaan.
Tips untuk kekal dalam motivasi adalah sentiasa ingat 'prinsip hidup' atau kata-kata yang kita buat sendiri. sebagai contoh "Ya, Aku Boleh" atau " Aku perlu baca buku untuk dapat 9A" dan sebagainya. sebagai pelajar, kita perlu ada kata-kata semangat atau ayat motivasi bagi membangkitkan semangat menghadapi peperiksaan.

Jangan cepat mengalah, supaya kita tidak kalah. Ingat! kegagalan hari memberi penyesalan untuk hari esok dan selamanya. Ayuh! Bangkit dan teruskan berjuang. Kejayaan atau kegagalan berpunca dari diri kita sendiri.

Selamat Maju Jaya.
Kita menuju ke puncak kejayaan!

No comments:

Post a Comment