1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Thursday 15 September 2011

Falsafah , Misi , Visi dan Moto Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling  yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


VISI PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama  dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015

MISI PERKHIDMATAN
* menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling denga cekap dan berkesan
* melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelrk (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ)
*membimbing murid kearah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
* mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
*memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid
*memupuk semangat patriotic dan kualiti pemimpi dalam kalangan murid



MOTO PERKHIDMATAN
* Informasi , Kecemerlangan , Kesejahteraan

No comments:

Post a Comment